Sunday, 14 August 2016

E-FOLIO PENGURUSAN DALAM ISLAM



 


                


E-FOLIO

PENGURUSAN DALAM ISLAM
PEMBERIAN GANJARAN MOTIVASI DALAM PEKERJAAN


 


NAMA

NO.PENDAFTARAN

NOORASFARINA BT. KHARI

02DSK15F2047

NUR FAKHIRA AMANI BT. ABD GHANI

02DSK15F2075

NURUL SHAHANIM BT. ISHAK

012DSK1F2077


Penghargaan

 
Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “pemberian ganjaran. Folio ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek pengurusan dalam islam.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada rakan-rakan di dalam kumpulan kami kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami semua.

sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio kami serta membantu kami dari semasa kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akanvlupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek dijalankan dan dibentangkan.








i)                   Kandungan


i)                   Penghargaan …………………………………………..       2
ii)                Kandungan…………………………………………….       3
iii)              Pengenalan…………………………………………….        4
iv)              Pemberian ganjaran……………………………………       5
1)     Pengertian………………………………………….       5
2)    Faktor……………………………………………….      6
3)    Tujuan………………………………………………       7
4)    Contoh ganjaran……………………………………       8-9
     v)      Kesimpulan……………………………………………                 10
     vi)      Rujukan……………………………………………….                 11















Pengenalan


Pemberian ganjaran merupakan aspek paling penting dalam dunia pekerjaan. Ganjaran juga dapat mempengaruhi motivasi pekerja dan sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi. Sesebuah organisasi harus mengetahui betapa pentingnya ganjaran itu dalam mempengaruhi kualiti dan produktiviti.

Organisasi menawarkan pelbagai bentuk ganjaran bagi menrik minat ramai pekerjan serta mengekalkan pekerja yang diterima itu dalam organisasi. Ganjaran yang menarik dapat mempengaruhi motivasi kerana pemberian ganjaran yang sewajarnya dan berpatutan menyebabkan mereka merasakan sumbangan mereka kepada organisasi dihargai dan bersedia menunaikan tanggungjawab serta memberi hasil tugas yang baik.

Ganjaran terbahagi kepada dua iaitu ganjaran kewangan yang diberi secara langsung kepada pekerja sendiri seperti gaji atau upah, bonus, elaun dan pampasan. Manakala ganjaran bukan berbentuk kewangan ialah perubatan percuma, cuti, kenaikan pangkat dan pengangkutan.

Faktor ganjaran menjadi aset yang terpenting dalam memotivasikan pekerja tidak dinyatakan berpendapat bahawa gaji yang diberikan adalah motivasi yang strategik kepada pekerja dan bukan hanya merangkumi gaji malah ganjaran-ganjaran lain diantaranya bonus, cuti, elaun dan pengangkutan. Walaupun pelbagai faktor lain yang menyumbang kejayaan organisasi. Namun pemberian ganjaran akan menjadi faktor yang penting boleh membawa kepada kepuasan kerja dan meningkatkan motivasi di samping produktiviti pekerja itu sendiri.

Oleh itu, organisasi mewujudkan organisasi harus mewujudkan system ganjaran yang efektif dan
fleksibel bagi memotivasikan lingkahlaku pekerja dan mempercayai bahawa pekerja mempunyai keperluan, nilai matlamat dan jangkaan yang berbeza terhadap ganjaran yang ditawarkan.












PENGERTIAN GANJARAN

*    Seperti yang telah kita ketahui pengertian ganjaran ialah imbalan.
*    Segala sesuatu yang telah kita lakukan pada akhirnya pasti akan menghasilkan sebuah ganjaran yang baik mahupun buruk sesuai dengan apa yang telah dilakukan.
*    Sehingga ganjaran dalam organisai merupakan suatu imbalan yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja kerana sudah bekerja atau menyumbangkan tenaganya kepada suatu organisasi.
*    Dan juga merupakan sesuatu yang dikehendaki dan dihargai oleh pekerja kerana ia merupakan satu pengakuan.
Maksudnya:
“Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”
 
 





PEMBAHAGIAN GANJARAN
·        EKTRINSIK – ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus.
·        INSTRINSIK – ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang.
Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya.  Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.
Menurut Muhammad Abdul Rauf (1994), pembayaran upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut apa-apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.  Pembayaran tersebut perlu dilakukan secara tepat mengikut waktu bekerja dan jumlah hati bekerja.  Ganjaran sewajarnya patut diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa sebagai memberikan pengukuhan dan motivasi kepada yang terlibat dan menjadi contoh kepada kakitangan yang lain.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI GANJARAN

1.     Besar atau kecilnya ganjaran atau gaji yang diberikan.
2.     Prestasi, dimana apabila pegawai arau anggira suatu organisasi mempunyai prestasi yang bagus maka ganjaran yang diberikan akan lebih baik.
3.     Pengalaman, apabila pegawai atau anggota organisasi mempunyai pengalaman kerja ataupun berpengalaman dalam berorganisasi maka ganjaran pun akan lebih baik.
4.     Potensi yang dimiliki oleh pegawai ataupun anggota organisasi, potensi boleh mempengaruhi cara pegawai yang bergabung dalam suatu organisasi dalam bekerja ataupun menyelesaikan tugasnya serta dalam memecahkan suatu masalah, sehingga tujuan organisasi bisa tercapai.


TUJUAN GANJARAN

*   Untuk memberikan motivasi pada setiap pekerja yang bergabung atau bekerja pada suatu organisasi ataupun suatu perniagaan.
*   Para pekerja dapat lebih termotivasi untuk melakukan tugas-tugasnya dengan lebih baik dan efisien dmei mendapatkan ganjaran yang setimpal atas segala jerih payah yang mereka lakukan.
*   Sehingga tujuan suatu organisasi dapat tercapai dengan efektif dan efisien.
*   Tugas-tugas dalam suatu organisasi itu perlu adanya suatu bahagian sumber daya manusia yang merupakan bahagian penting dalam suatu system ganjaran organisasi.
*   Dapat mempengaruhi sikap dan kepuasan serta prestasi kerja.
*   Membantu organisasi memperoleh pekerja yang baik dalam menyelesaikan tugas pekerjaanya.
*   Mendorong pekerja berusaha mencapai prestasi kerja yang diinginkan.
*   Mempertahankan pekerja dalam organisasi.
















CONTOH-CONTOH GANJARAN
1)    Berbentuk kewangan

-Biasanya ia diberi dalam bentuk kenaikan gaji, bonus, program keuntungan bersama dan komisen

          *Kenaikan gaji
          -Di dalam syarikat-syarikat kecil di mana tidak ada system gaji yang tetap.
           Majikan mudah untuk memberi ganjaran kepada mereka yang cemerlang  dalam               tugas pada bila-bila masa.

*Bonus dan program keuntungan bersama
-Bonus boleh diberi berdasarkan tahap pencapaian individu atau kumpulan. Ia adalah sejumlah wang yang diberi secara langsai apabila prestasi luar biasa ditunjukkan.

**Ganjaran dalam bidang pendidikan
-Di dalam system pendidikan para pendidik diberi pilihan untuk mengambil samada pencen atau KWSP. Bgi mereka yang memilih pencen, mana-mana pekerja yang menunggalkan profesion mereka sebelum tempoh pencen yang di tetapkan, tidak akan mendapat pencen mereka sama sekali.

2)    Bukan berbentuk kewangan

·         Anugerah pencapaiaan
-anugerah pekerja cemerlang atau anugerah pekerja harapan misalnya boleh diberikan.
-Anugerah tersebut boleh diberikan dalam bentuk saguhati atau hadiah kenang-kenangan.



·         Perubatan percuma

-Mendapat rawatan percuma di klinik swasta

·         Surat penghargaan

-Pujian samaada berebntuk tulisan atau lisan samaada secara persendirian atau hadapan umum merupakan satu cara untuk menggambarkan rasa besar hati terhadap pekerja.

·         Pencen hilang keupayaan bekerja (PERKESO)
-Memberi pampas an apabila berlakunya sesuatu kemalangan, kematian, hilang keupayaan bekerja dan cedera apabila menjalankan tugas.
-Para pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sahaja layak menerima pampasan ini.
-Sumbangan pekerja adalah 0.5% daripada gaji bulanan dan 1.25% adalah sumbangan majikan.














KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, polisi dan system pemberian ganjaran dan faedah adalah satu tugas yang dilakukan. Terdapat banyak dilema dan rintangan yang mesti dihadapi dalam, membentuk sitem ganjaran dan faedah yang benar-benar menguntungkan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Selain dari mereka bentuk system ganjaran dan faedah ini, kaedah melaksanakannya juga  bukan mudah. Persoalan yang sering di timbulkan adalah sejauh mana pentingnya pemberian ganjaran dan faedah ini ke atas peningkatan prestasi pekerja…























Rujukan


·        Barry Cushway (1994) Human Resource Management. Kagan Page Limited.
·        Michael (1984) Managing Human Assets. The Free Press. A Division of Macmillan. New York.
·        Fishner, Cynthia (1993) Human Resource Management. Houghton Mifflin Company. Boston. Toronto.
·        June M. L. Poon (1994) Pengurusan Sumber Manusia. Dewan Bahasa Pustaka.
·        Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
·        Maimunah Aminuddin (1993) Human Resource Management. Sun U Book Co. Selangor.
·        Mondy, R.W. and Noe. R.M (1996) Human Resources Management. 6th Edition.
·        Prentice Hall International. New Jersey.
·        Rozhan Othman (1991) Pengurusan Personel dan Perancangan Guna Tenaga.
·        Dewan Bahasa Pustaka Kementerian Pendidikan. Kuala Lumpur.
·        Aft Lawrence (1985) Wage and Salary Administration: A Guide To Job
·        Evaluation. Reston Publishing Company. A Prentice Hall Comapany. Virginia.
·        Wendell L. French (1993) Human Resources Management 3rd. Edition. Houghton
·        Mifflin Company. Boston. Toronto.
·        PM arah JPA kaji perbezaan gaji (17 /5/ 97).Berita Harian
·        Kenaikan gaji antara pro dan kontra (6/8/97) Berita Harian.
·        Tiada bayaran pindahan guru (15/3/98).Berita Harian
·        Allowance instead of OT claims (22/7/97) The Star








="prod @3 21600 pixelWidth"/>

No comments:

Post a Comment